Which one!!!
GO JUN PYO.. GEUM JAN DI.. Kenal x watak ini?? Kalau tak kenal sah2 mereka ni tak menonton drama series ni.. Ooooo.. baguslah bagi yg tidak menonton sebab... kerana cerita ini saye rasa seperti tidak mahu keluar ngedate dengan tunang saye.. Hehehe.. Actually saye bercakap tentang BOYS OVER FLOWER (hereinafter referred to as “BOF”). Pernah tonton Meteor Garden x? Siapa yang menonton pasti kenal dengan Do meng Si si tampan gagah yg manis itu.. So cerita ini jalan ceritanya sama je sikit lebih kurang dengan BOF. According to my sisters, “Ala cerita ni tiru sebijik macam Meteor Garden. Hero dia pun handsome sangat”. Saya tidak percaya mula2, masakan hero BOF ini setanding dengan Do Meng Si saye suatu ketika dulu!!Sehinggalah saye nampak satu tubuh yang tinggi.. SENTAPPPPP.. Kalau saya cakap sentap tu mesti ada sebab wajib kan. Yang pasti selepas episod itu saye terus menjadi mangsa seterusnya yang terkena wabak Jun Pyo, melopong mengadap tv dengan penuh rasa keterujaan yang boleh dikatakan agak melampau..
Tapi kan kakak2 ku, izinkan saye bercakap, cerita BOF yang sedang disiarkan di 8tv tu bukannya meniru cerita Taiwan Meteor Garden tu, tetapi sebaliknya ia adalah adaptasi daripada manga jepun Boys Over Flower yang tersangat glamour. Disebabkan terlalu syok, dijadikanlah ia sebuah drama series & dikenali di Jepun sebagai Hana Yori Dango, kemudian di Taiwan pula demam melanda dengan kemunculan F4 di dalam Meteor Garden & kini, jeng jeng jeng.. Korea pula.
Ok, berbalik pada topik asal, sebenarnya saye ingin membincangkan perbandingan antara BOF & Meteor Garden. Jalan cerita memanglah sama sebab kedua2 negara ini mengadaptasi cerita ini daripada manga jepun itu cuma ada sedikit perubahan here & there. Tetapi jika disuruh pilih antara BOF & Meteor Garden, saye rasa saye memilih BOF. KENAPA??
Sebab2 seperti berikut:-
1) Sebab saye rasa bahasa korea sangat sedap diperdengarkan & dituturkan. Ia kasar tetapi tidak terlalu kasar. Lakonan pelakon korea juga lebih hidup compared to Taiwannesse actors. Ape yang saye lihat, memanglah watak hero digambarkan sebagai lelaki kaya yang kasarr, suka buli & baran. Tapi, apa yang tiada pada Do Meng Si adalah sifat manja yang tersirat dalam diri. Lee Min Ho (Jun Pyo) membawa watak dengan lebih baik. Dalam gangster dia, bila dia bercakap kita dapat lihat sebenarnya Jun Pyo walau dia kasar & suka buli tapi sebenarnya sangat manja.
2) Senyuman, ooohhh.. Senyuman Do MengSi memang manis, tetapi senyuman jun Pyo.. LEMAK BERKRIM DISUKAI RAMAI..
3) Kehenseman.. ermmm itu sukar untuk diadili sebab masing2 ada kelebihan. Wajahn memang ada sedikit persamaan. Jika Do MengSi ni tegap & bidang dadanya, tetapi Jun Pyo dia lebih tinggi & kurus. Sexy bod, I shall say DoMengsi mengatasi JunPyo. Jun Pyo agak kurus, mujurlah dia tinggi.
4) Heroin. Ohh saye suka sangat pada Geum Jan di. Dia sangat comel. Dia juga membawa watak dengan berkesan. Pendek kata lakonan korean actors are better than F4 in meteor garden.
5) Pakaian.. Pakaian saya lebih suka pakaian di dalam Meteor Garden. Lebih bersahaja & sempoi. BOF pula, oleh kerana terlalu nak menunjukkan F4 ini kaya raya sangat, pakaian pun lain dari yang lain. Jarang dilihat mereka memakai jeans. Kerapkali memakai suit. Ohhh.. Saye tidak berapa suka itu...
Tetapi saye PILIH BOF!! sebab paling utama, adalah kerana di dawah ini. Tidak boleh disangkal kerena di bawah ini lah saye tersenyum sendiri.

Manissskannn!!
Eh, janganla pndg I lama2, nt I lempang kang!!

Ohhhh.. i'm melting!!
I baru cakap nak lempang, u dah gelak! Malu i tau..

Ohhhh.. buzzzzzzz.
Eh janganla tunjuk body u kat org lain!!

Are u thinking of me??
Sedihnya, di 8TV, cerita menggunakan bahasa cina yang kasar & langsung tiada unsur kemanjaan. Alhamdulillah ada YouTube, so dapatlah saye tonton di YouTube.. Hehehe..
... ke perlu saye tukar tajuk di atas to My Addiction to Go Jun Pyo @ Lee Min Ho.. huhu